Cara Mengajar Anak Membaca Buku Iqra Iqra adalah buku pertama yang dapat membantu anak-anak mahupun dewasa yang belum mahir untuk memulakan membaca Al-Quran. Dengan belajar membaca Iqra sebelum membaca Al-Quran, inshaAllah dapat menjadikan pembacaan Al-Quran anda lebih lancar beserta tajwid yang betul.
Berbanding dengan cara lain, membaca buku Iqra dapat membantu anak-anak anda belajar dengan lebih cepat dan mudah untuk difahami, menarik dan cara pembelajaran juga lebih seronok. Jadi, kali ini saya nak jelaskan sedikit cara untuk mengajar anak membaca buku Iqra.